Apakah pertanyaan yang banyak ditanya berkaitan dengan application Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) tahun 2026? Berikut dikongsikan Soalan Lazim pengambilan kemasukan KV 2026 atau dikenali sebagai FAQ KV buat panduan pelajar. Permohonan KV dan SMT 2026 akan dibuka bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025. Semakan keputusan boleh disemak pada 26 Disember 2025.
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih belum membuat permohonan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan untuk ambilan 2026.
Permohonan KV 2026 Kolej Vokasional Dan SM Teknik Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan KV 2026 Kolej Vokasional Dan SM Teknik Online dan Soalan Lazim (FAQ) yang kerap ditanya oleh pemohon seperti dikongsikan dari applikasi permohonan https://spskt4.moe.gov.my/.
Di antara soalan yang sering ditanya adalah tarikh permohonan, tarikh semakan dan rayuan serta tarikh pendaftaran. Maklumat terutama tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
Panduan Permohonan
Di bawah adalah kaedah permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah menengah Teknik :-
- Kemaskini maklumat pelajar di SPATKPM jika perlu, maklumat peribadi murid, ibu, bapa atau penjaga perlu dikemaskini pada Modul Pengurusan Murid
- Layari Laman Rasmi SPSKT4
- Isi permohonan dan pastikan medan wajib telah diisi
- Semak semula permohonan yang dibuat dan pastikan maklumat yang diisi adalah tepat
- Cetak borang permohonan yang lengkap sebagai rujukan
- Kemaskini permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 7 September 2025
Panduan yang lebih lanjut boleh dirujuk pada : Panduan Permohonan Sekolah Khusus
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan KV & SM Teknik 2026
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik yang meliputi tarikh buka dan tutup permohonan, tarikh semakan dan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus serta tarikh keputusan tawaran.
No | Tarikh | Perkara |
1 | 1 Ogos – 7 September 2025 | Permohonan Online KV dan SMT |
2 | 12 September – 3 Oktober 2025 | Semakan Pusat PKSK |
3 | 22 September – 3 Oktober 2025 | Pelaksanaan PKSK |
4 | 26 Disember 2025 | Keputusan Tawaran |
5 | 13 Januari 2026 | Pendaftaran Pelajar |
Program Ditawarkan & Syarat Kemasukan KV
i) PROGRAM SIJIL
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
ii) PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- PROGRAM KEMAHIRAN PENUH
- PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Syarat untuk memohon ke KV adalah seperti berikut:-
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
Kursus Ditawarkan & Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- i. Tingkatan 4
- ii. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Soalan Lazim Permohonan KV Dan SMT 2026
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk berkaitan sesi pengambilan permohonan Kolej Vokasional & SM Teknik tahun 2026.
1.Bilakah tarikh semakan penawaran ke KV/SMT?
- Semakan penawaran ke KV/SMT mulai 26 Disember 2025.
2. Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV/SMT?
- a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
- b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
3. Sekiranya murid tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan, bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan?
- Murid yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat di e – rayuan.
4. Bolehkah membuat permohonan rayuan secara walk-in?
- Tidak boleh. Tiada lagi rayuan secara walk-in.
5. Bilakah tarikh pendaftaran ke KV/SMT?
- Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV/SMT yang ditawarkan. Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
6. Adakah murid boleh bertukar KV/SMT yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
7. Adakah murid boleh bertukar program/kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
8. Adakah murid yang didapati memberi maklumat salah/memalsukan maklumat, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?
- Ya. Murid yang memberi maklumat salah/ memalsukan maklumat akan diambil tindakan dengan menarik balik tawaran.
9. Adakah semua KV/SMT menyediakan kemudahan asrama?
- Ya, kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching.
10. Bagaimanakah cara membuat rayuan penempatan asrama sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama?
- Rayuan penempatan asrama hendaklah dibuat di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT.
11. Apakah program yang ditawarkan di KV?
- Rujuk pada Info di laman sesawang: LOKASI
12. Apakah kursus yang ditawarkan di SMT?
Rujuk pada Info di laman sesawang KURSUS
Sumber Soalan Lazim FAQ SMT & KV
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Blok E14,
62604 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88845154
Laman Sesawang: BPLTV MOE
Semoga perkongsian berkaitan beserta Soalan Lazim Permohonan KV 2026 (FAQ) boleh djadikan buat pelajar ketika membuat permohonan kemasukan.
Rel : 6 blok e14 kompleks e, pemohon boleh menyemak keputusan ahli jawatankuasa pemilihan murid ajkpm, kerajaan sekolah bantuan kerajaan, hadir terus atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, makluman portal rasmi kementerian pendidikan malaysia kpm, berasaskan sekolah pbs tahun, calon berminat dengan program dipohon, hadir terus atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, mendaftar dalam laman sesawang kpm bagi mendapatkan info terkini,