Permohonan MRSM 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4

Pasti ramai yang ingin tahu apakah Syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Berikut dikongsikan Permohonan MRSM 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 dan Syarat Kemasukan MRSM Terkini meliputi syarat Umum serta Akademik untuk panduan para pemohon dan pelajar.

Permohonan kemasukan ke MRSM adalah untuk sesi pengambilan tahun 2026 yang dibuka pada bulan Ogos 2025. Antara syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Umum sedia maklum yang MRSM adalah di antara sekolah terbaik di Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

Permohonan MRSM Tingkatan

Permohonan MRSM 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pendidikan Menengah mempelawa para pelajar yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum untuk menyertai MRSM di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.

Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM menawarkan program-program yang berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa seperti program IGCSE, Premier dan Ulul Albab. Bagi mereka yang berminat boleh merujuk maklumat di bawah berkaitan tarikh, panduan dan syarat permohonan ke MRSM.

Tarikh Permohonan MRSM

Pelajar, ibu, bapa atau penjaga pelajar boleh membuat permohonan secara online berdasarkan tarikh yang dikongsikan seperti berikut :-

NoPerkaraTingkatan 1Tingkatan 4
1
Permohonan Online
1 Ogos – 7 September 2025
1 Ogos – 7 September 2025
2
Semakan Pusat PKSK
12 September – 17 Oktober 2025
12 September – 3 Oktober 2025
3
Pelaksanaan PKSK
6 – 17 Oktober 2025
22 September – 3 Oktober 2025
4
Keputusan Tawaran
26 Disember 2025
26 Disember 2025
5
Pendaftaran Pelajar
13 Januari 2026
13 Januari 2026
6
Permohonan Rayuan
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
7
Keputusan Rayuan
6 – 10 Februari 2026
6 – 10 Februari 2026

Panduan Permohonan Kemasukan ke MRSM

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA hanya dibuka secara online/ atas talian sahaja. Berikut adalah kaedah permohonan kemasukan ke MRSM bagi ambilan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

Langkah permohonan adalah seperti berikut:-

Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membuat permohonan MRSM melalui pautan kemasukan MRSM berikut:

Nota Penting : Jika pelajar berminat untuk memasuki Sistem Pendidikan MRSM, sila pastikan anda memilih MRSM sebagai pilihan pertama apabila membuat permohonan dalam sistem permohonan Sek. Khusus & MRSM.

Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Syarat Kemasukan MRSM 

Untuk memohon, sila pastikan pelajar memenuhi syarat berikut :-

  • Calon warganegara Malaysia
  • Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
  • Calon dari sekolah yang berdaftar dibawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
  • Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
  • Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Senarai Program Pendidikan MRSM Tingkatan 1 & 4

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sistem pendidikan MRSM ditubuhkan adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Sistem Pendidikan ini diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi bagi mengembangkan potensi diri mereka berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Kesemua program di bawah ini di tawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4, hanya Program Premier dan Program Bitara sahaja yang ditawarkan.

1) MRSM PROGRAM PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

2) MRSM PROGRAM PREMIER-STEM EXCELLENCE

MRSM Program Premier – STEM Excellence menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Premier – STEM Excellence melaksanakan modifikasi kurikulum secara bersepadu merentas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemetaan kurikulum yang menyeluruh bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih tersusun, progresif dan holistik, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang STEM.

3) MRSM PROGRAM BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

4) MRSM PROGRAM INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

MRSM Program IGCSE menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.

5) MRSM PROGRAM ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

6) MRSM PROGRAM TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan atau Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Semakan Keputusan MRSM 

Calon yang telah memohon boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi ambilan tahun 2026 bermula dari 26 Disember 2025. Semakan boleh dibuat secara online pada pautan :-

Calon yang berjaya boleh mencetak tawaran tersebut dan sahkan penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tiada pengesahan terima atau tolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM.

Rayuan untuk calon yang gagal mendapatkan tawaran boleh dibuat secara online pada plikasi semakan yang sama. Permohonan rayuan hanya akan dipertimbangkan mengikut kekosongan yang ada.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh melalui:

  • a) E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
  • b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)

Rel : sistem pendidikan maktab rendah, sihat tubuh badan dan mampu berdikari, sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon borang pengesahan pendapatan jika perlu borang pengesahan felda jika perlu dan slip menduduki ukkm, membuat permohonan kemasukan ke tingkatan, online dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah, mewajibkan calon tingkatan 1 dan tingkatan 4,

Tinggalkan Balasan