Kemaskini Borang Online Permohonan Matrikulasi 2025

Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2025-2026 Online. Perhatian buat pelajar SPM tahun 2024 yang telah mengemukakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2025 / 2026 secara online. Menerusi kenyataan media KPM, Kemaskini Borang Online Permohonan Matrikulasi 2025-2026 boleh dilakukan secara atas talian.

Permohonan ke Kolej Matrikulasi terkini ini hanya untuk murid yang telah menduduki SPM tahun 2024 sahaja. Untuk makluman, keputusan permohonan kemasukan Matrikulasi dijangka diumumkan pada bulan April berdasarkan tarikh tahun lepas iaitu selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

kemaskini borang permohonan matrikulasi kpm

Tarikh Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2025-2026 Secara Online

Berikut adalah panduan penting berkaitan dengan pengemaskinian borang permohonan Matrikulasi melalui internet (PMI) sesi 2025-2026 online. Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi boleh dibuat pada tarikh berikut :-

  • 24 April 2025
  • 28 April 2025

Tarikh kemaskini yang dinyatakan adalah rasmi. Untuk mengelakan sebarang masalah dalam permohonan, pelajar adalah dikehendaki untuk membuat pengemaskinian mengikut ketetapan tempoh tarikh yang telah dinyatakan.

Pautan Laman Sistem Aplikasi Kemaskini Borang Online Permohonan Matrikulasi

  • Klik Kemaskini Matrikulasi 
  • Sistem Aplikasi Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi 2025 / 2026 Secara Online hanya akan diaktifkan bermula tarikh rasmi seperti yang dinyatakan. Sila ikuti arahan dan dapatkan keterangan lanjut di laman Sistem Aplikasi tersebut

Kenyataan Media KPM Pemberitahuan Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2025-2026

Menerusi makluman KPM, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) telah membuka semula permohonan ke Program Matrikulasi KPM. Permohonan ini hanya untuk murid yang telah menduduki SPM 2024 sahaja.

Lanjutan daripada perkara tersebut, pelajar SPM tahun 2024 yang telah membuat permohonan boleh mengemas kini maklumat melalui applikasi permohonan Matrikulasi yang dikongsikan diatas.

Pemohon yang mengemaskini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia perlu masuk melalui ruangan e-PERKHIDMATAN berkala. Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM sahaja.

Keputusan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikeluarkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my. Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian sepenuhnya.

Maklumat Lanjut

Hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM)

Selamat membuat Kemaskini. Moga permohonan anda untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi berjaya.

Tinggalkan Balasan