Permohonan Kolej Profesional MAIWP Online (KPMAIWP)

Institut Profesional Baitulmal (IPB) kini dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP adalah sebuah institut pendidikan tinggi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Ia ditubuhkan pada 23 April 1992 bertujuan untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat islam. Dengan visi dan misi yang jelas, IPB mampu menghasilkan graduan muslim yang berkualiti setanding dengan institut pengajian tinggi yang lain. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Permohonan Institut Profesional Baitulmal buat rujukan calon.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, IPB amat menitik beratkan pembentukan akhlak yang mulia, berintegriti amanah dan disiplin dalam diri pelajarnya. Kebajikan pelajar di IPB akan terus dijaga bermula dari awal pengambilan sehinggalah tamat pengajian mereka. Untuk pengetahuan semua, program-program yang ditawarkan di IPB telah diiktiraf oleh MQA dan tenaga pengajarnya juga dari kalangan yang kompeten.

Permohonan Institut Profesional Baitulmal (IPB)

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di KPMAIWP (Kolej Profesional MAIWP Kuala Lumpur)

Berikut adalah senarai kursus pengajian yang ada ditawarkan di KPMAIWP yang kini dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP Kuala Lumpur) :-

SENARAI KURSUS PENGAJIAN DI KPMAIWP

PROGRAM YANG DITAWARKAN:

🔖*SIJIL*

– Sijil Aplikasi Muamalat (SAM)

🔖*DIPLOMA*

– Diploma Pengurusan Haji & Umrah (DPHU)
– Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)
– Diploma Syariah Islamiyah (DSI)
– Diploma Pentadbiran Perniagaan (DIBA)
– Diploma Kaunseling Islam (DKI)
– Diploma Perakaunan (DAcc)

🔖*PROFESIONAL*

• ACCA QUALIFICATION (Association of Chartered Certified Accountants)
• FIA-ACCA (Foundation in Accountancy)

*TEMPOH KURSUS:*

Sijil – 1 ½ tahun
Diploma – 2 ½ tahun
Profesional – 1 tahun (FIA-ACCA)

✅Pendaftaran RM10 sahaja
✅ Elaun Saradiri RM300- RM450 sebulan
✅Pinjaman PTPTN diuruskan
✅Asrama disediakan dalam kampus
✅Elaun Penginapan luar: RM170 sebulan
✅Yuran Pengajian Diploma: 25% ditanggung
✅Biasiswa 100%: Program SAM
✅Biasiswa 100%: Program FIA-ACCA
✅Terbuka kepada semua bangsa
✅Kebolehpasaran graduan 88%

Permohonan Kolej Profesional MAIWP Dan Syarat Kemasukan

Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan dan syarat kemasukan ke IPB:

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui atas talian dengan melayari pautan berikut. Pemohon akan menggunakan nombor kad penganalan sebagai rujukan.

2. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja. Walau bagaimanapun, pemohon yang ingin menukarkan program hendaklah melalui menu Status Permohonan (sila pilih program yang disediakan untuk pertukaran ke program baru).

3. Sebarang perubahan selepas permohonan dihantar hendaklah menghubungi unit kemasukan dan rekod di talian 03-92814054

4. Sekiranya permohonan anda layak, surat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja. Pemohonan akan dimaklumkan melalui whatsapp, SMS atau telefon

5. Pemohon diminta untuk memberikan salinan keputusan SPM, kad pengenalan dan sijil lahir pemohon (bagi permohonan program UiTM sahaja) melalui whatsapp ke nombor 019-2827857.

SYARAT KEMASUKAN KE IPB

1. Pemohon yang hendak memohon program diploma yang dinyatakan di atas hendaklah memperoleh sekurangnya tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2. Memenuhi syarat kelayakan masuk sepertimana yang ditetapkan

3. Memenuhi syarat status Bumiputra dan Warganegara Malaysia.

SEMAKAN DAN PENGESAHAN STATUS

1. Semakan dan pengesahan status permohonan boleh dibuat secara atas talian

  • Semakan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: KPBKL

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPB boleh melayari laman sesawang berikut:

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu pelajar yang berminat untuk menceburi bidang yang ditawarkan. Semoga permohonan anda berjaya. Selamat maju jaya diucapkan.

Tinggalkan Balasan