Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

Soalan Lazim Kemasukan Ke Tingkatan 6. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, pastinya anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk masuk ke Tingkatan 6 (Form 6). Dengan itu, berikut dikongsikan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 untuk memudahkan urusan anda.

Untuk makluman, tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan Mei setiap tahun. Pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Berikut adalah Soalan Lazim yang kerap ditanya oleh pelajar berkaitan Kemasukan ke Tingkatan 6.

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 (FAQ)

Antara Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 yang sering ditanya oleh pelajar adalah seperti di bawah:

1. Adakah murid perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas result SPM diumumkan?

Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke tingkatan enam.

2. Apakah syarat kelayakan masuk ke tingkatan enam?

a. Syarat am

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2025.

b. Syarat Khas

  • Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
  • Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

3. Apakah nilai wajaran mata gred untuk kiraan bagi kemasukan ke tingkatan enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

Gred

Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK)

Tahap

A+1Cemerlang Tertinggi
A1Cemerlang Tinggi
A-2Cemerlang
B+3Kepujian Tertinggi
B4Kepujian Tinggi
C+5Kepujian Atas
C6Kepujian
D7Lulus Atas
E8Lulus
G9Gagal

4. Bilakah murid lepasan SPM tahun 2024 boleh menyemak result tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025?

Murid lepasan SPM tahun 2024 boleh menyemak tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 mulai 19 hingga 25 Mei 2025.

5. Bagaimanakah cara bagi membuat semakan keputusan ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2025?

Murid lepasan SPM 2024 boleh membuat status tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my. Murid yang tiada capaian internet boleh merujuk kepada sekolah asal untuk bantuan bagi check tawaran dan permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian.

6. Bagaimanakah murid melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025?

Murid perlu melapor diri secara bersemuka di pusat tingkatan enam yang ditawarkan berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

7. Bilakah tarikh melapor diri murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025?

Tarikh melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 pada 10 Jun 2025 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B.

8. Adakah murid lepasan SPM 2024 yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam boleh membuat permohonan rayuan?

Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke tingkatan enam tahun 2025. Namun begitu, murid mesti memenuhi syarat rayuan sebelum membuat rayuan di dalam talian. Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

9. Bilakah permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam dibuka?

Permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam dibuka mulai 19 hingga 25 Mei 2025.

10. Adakah calon persendirian/sekolah swasta/sekolah menengah agama negeri SPM tahun 2024, boleh memohon ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 di sekolah kerajaan?

Boleh. Murid yang tidak ditawarkan boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang Rayuan Kemasukan Murid Warganegara Ke Tingkatan Enam Bagi Calon SPM Tahun 2025 (Autonomi Pengetua). Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat rayuan dan kekosongan tempat. Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

11. Bagaimanakah cara untuk saya memohon pertukaran PTE selepas saya melapor diri?

Permohonan pertukaran perlu melalui PTE asal dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara]. Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

12. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid lepasan SPM 2024 apabila memenuhi syarat kemasukan ke tingkatan enam, tetapi tidak menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025?

Murid perlu merujuk Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025.

13. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sekiranya nama PTE tidak dinyatakan dalam surat tawaran?

Murid perlu merujuk JPN/PPD yang berhampiran untuk mendapatkan nama PTE yang ditempatkan.

14. Adakah permohonan pertukaran bidang pengajian (Sains atau Sains Sosial) dibenarkan dan bilakah permohonan boleh dibuat?

Ya. Murid boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) melalui PTE yang ditempatkan mulai 10 hingga 12 Jun 2025.

15. Bagaimanakah murid bukan warganegara Malaysia boleh memohon ke Tingkatan Enam Semester 1?

Permohonan murid bukan warganegara adalah tertakluk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998. Permohonan adalah tertakluk kepada syarat am dalam kelayakan kemasukan ke tingkatan enam yang telah ditetapkan. Murid boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh dari JPN/PPD yang berhampiran.

16. Saya telah menolak tawaran institusi pengajian tinggi/setara, bolehkah saya memohon ke tingkatan enam?

Boleh. Calon yang menolak tawaran institusi pengajian tinggi/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi Rayuan Kemasukan Murid Warganegara Ke Tingkatan Enam Bagi Calon SPM Tahun 2024 Secara Dalam Talian (Autonomi Pengetua).

17. Saya tidak menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi/setara, bolehkah saya merayu untuk masuk ke tingkatan enam?

Boleh. Calon yang tidak menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi Borang Rayuan Kemasukan Murid Warganegara Ke Tingkatan Enam. Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.

18. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam?

Maklumat berkaitan tawaran kemasukan ke tingkatan enam boleh diperoleh daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my/). Murid juga boleh menghubungi JPN/PPD yang berhampiran dengan kediaman masing-masing melalui telefon/emel (rujuk portal yang sama).

19. Adakah murid boleh menangguh untuk melapor diri ke PTE yang telah ditetapkan?

Tidak boleh. Murid perlu mendaftar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya murid membuat penangguhan, maka tempoh pengajian minimum 20 minggu dalam semester 1 tidak dapat dipenuhi sebelum menduduki peperiksaan STPM Semester 1.

20. Apakah pakaian murid tingkatan enam?

Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid).

21. Bagaimana murid Sekolah Integriti boleh memohon kemasukan ke tingkatan enam?

Permohonan ke tingkatan enam boleh dibuat menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

22. Saya murid lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), bolehkah saya menyambung pengajian di tingkatan enam?

Boleh. Murid boleh merujuk JPN/PPD yang berhampiran untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025. Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

23. Adakah murid bawah Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) boleh menyambung pengajian di tingkatan enam?

Boleh. Murid boleh merujuk JPN/PPD yang berhampiran untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025. Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian. (Bagi murid PVMA mata pelajaran yang diambil kira bagi pengiraan dalam syarat khas kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 adalah hanya melibatkan mata pelajaran yang setara dengan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

24. Bilakah sesi pengajian Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 bermula?

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B akan bermula pada 10 Jun 2025.

SUMBER : SST6

Semoga perkongsian Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan