Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2025. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 sesi 2025-2026 untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau ingin menukar jurusan.

Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan kebiasaannya selepas result SPM diumumkan.

  • Senarai Top 10 Sekolah Terbaik STPM klik Top School STPM
  • Senarai Sekolah Bantuan Kerajaan yang menawarkan kemasukan Tingkatan 6, klik Sekolah Form 6

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2021

Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2025-2026

Berikut dikongsikan maklumat mengenai borang rayuan kemasukan tingkatan 6 2025 meliputi pautan muat turun borang rayuan, kategori rayuan dan tarikh penting rayuan.

TARIKH RASMI RAYUAN TINGKATAN 6 

  • Dibuka : 19 Mei 2025
  • Ditutup : 25 Mei 2025

Tarikh adalah rasmi seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rayuan boleh dibuat secara atas talian di

ATAU

Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

Panduan Membuat Rayuan Tingkatan 6 2025

Lepasan SPM yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh melengkapkan borang rayuan dalam talian https://sst6.moe.gov.my/

Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2024, tetapi berjaya mendapat kepujian dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan pada tahun 2026

Keputusan dan penempatan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rayuan Autonomi Pengetua dalam tempoh yang ditetapkan

Tempoh rayuan adalah mulai 19 Mei 2025 hingga 25 Mei 2025

Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat

Proses Kerja:

Murid membuat permohonan dengan mengisi borang rayuan dalam talian

Borang rayuan yang lengkap diisi perlu dihantar untuk diproses

Pengetua menubuhkan jawatankuasa rayuan di peringkat PTE bagi mempertimbangkan permohonan rayuan yang diterima. (rujuk surat makluman KPM.600-8/2/12 Jld.11(35) bertarikh 4 Ogos 2023)

Jawatankuasa memproses permohonan rayuan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan serta mengambil kira perkara yang berikut:

  • menyemak kohort umur pemohon dan syarat kelayakan berdasarkan perkara 3.4 dalam syarat T6
  • menentukan bidang yang bersesuaian berdasarkan kelayakan akademik jika pemohon tidak menyatakan bidang yang dipilih atau bidang yang dipilih tidak memenuhi syarat atau bidang yang dipilih tiada kekosongan;
  • menentukan mata gred/mata unit yang diperoleh;
  • menyenaraikan pemohon yang layak mengikut keutamaan mata gred/mata unit; dan
  • menentukan jumlah penempatan maksimum berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada di PTE. Keutamaan hendaklah diberikan kepada pemohon yang terbaik mata gred/mata unit dan markah kegiatan kokurikulum.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 Jun 2025.

Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran, menyimpan dan menyerahkan kepada pihak PTE pada tarikh lapor diri.

Murid perlu melapor diri di PTE mengikut tarikh yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Kelulusan permohonan rayuan akan terbatal sekiranya murid tidak melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Rayuan:

Tempoh permohonan rayuan melalui autonomi pengetua dibuka mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025;

Jawatankuasa Autonomi Rayuan Pengetua perlu memproses permohonan rayuan bermula 26 Mei 2025 hingga 29 Mei 2025;

Keputusan rayuan boleh disemak melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 Jun 2025; dan

Murid perlu melapor diri pada 10 Jun 2025 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B.

Carta Alir Proses Rayuan Tingkatan 6

carta alir rayuan t

JENIS BORANG RAYUAN

Senarai kategori borang rayuan secara manual mengikut kategori adalah seperti berikut :-

i) BORANG TUKAR BIDANG (T6BRTB)

Borang T6BRTB ini adalah untuk kegunaan murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. slip result peperiksaan SPM 2024;
  • b. inventori minat kerjaya; dan
  • c. dokumen yang berkaitan.

Permohonan tukar bidang boleh dibuat mulai 10 hingga 12 Jun 2025 melalui PTE yang ditempatkan.

Permohonan hendaklah dihantar ke JPN/PPD untuk kelulusan.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 23 Jun 2025 oleh pihak sekolah.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Borang permohonan rayuan tukar bidang (T6BRTB) adalah seperti berikut :-

tbrtb

tbrtb

ii) BRT6-A : BORANG RAYUAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE TINGKATAN ENAM BAGI CALON SPM TAHUN 2024 (AUTONOMI PENGETUA) KEGUNAAN MURID YANG TIADA AKSES INTERNET

BRT A

BRT A

iii) BRT6-B : BORANG RAYUAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE TINGKATAN ENAM BAGI CALON SPM TAHUN 2021, 2022 DAN 2023 (AUTONOMI PENGETUA) KEGUNAAN MURID YANG TIADA AKSES INTERNET

BRT B

BRT B

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2025 ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

INFO BERKAITAN 

1. Syarat, Soalan Lazim & Lampiran Borang Tingkatan 6 2025

Tinggalkan Balasan