Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2026 Jadual Ujian Dan Pendaftaran

Bilakah tarikh pendaftaran dan tarikh ujian MUET untuk tahun 2026? Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET 2026 buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ujian MUET pada tahun tersebut. Jadual Peperiksaan MUET yang dikeluarkan oleh MPM ini adalah edisi terkini dan memaparkan tarikh penting berkaitan dengan tarikh pendaftaran dan ujian speaking dan bertulis.

Umum sedia maklum yang memiliki keputusan MUET yang cemerlang adalah amat diperlukan dalam melepasi syarat kemasukan ke Universiti Awam dan juga untuk syarat pengijazahan. Sebarang perubahan pada Kalendar MUET sesi 1, sesi 2 dan sesi 3 2026 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kalendar Peperiksaan MUET

MUET 2026 : Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Speaking/ Bertulis

Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan diadakan dalam 3 sesi dalam setahun. Iaitu MUET Sesi 1, 2 dan 3 2026.

Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.

Kalendar Peperiksaan MUET 2026 MPM

Berikut dikongsikan Kalendar MUET 2026 untuk panduan para calon peperiksaan MUET semua. Antara lain kalendar MUET 2026 ini memaparkan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran di buka dan ditutup.

Juga dikongsikan adalah tarikh ujian speaking dan ujian bertulis.

Senarai Sesi Ujian MUET 2026

 April 2026 (Sesi 1)
 Jun 2026 (Sesi 2)
 Oktober 2026 (sesi 3)
* Calon pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting tersebut bagi mengelakan terlepas sesi pendaftaran setiap sesi.

Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2026 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM. Pautan semakan dan permohonan boleh dirujuk di pautan yang dikongsikan di bahagian bawah post ini

TARIKH PENTING PEPERIKSAAN MUET 2026

Berikut adalah tarikh penting yang dikongsikan dari paparan Kalendar tahun 2026 seperti berikut :-

Sesi pertama bagi tahun 2026 adalah seperti di bawah

SESI APRIL 2026 (SESI 1)

TarikhAktiviti
15 Disember 2025Tarikh Pendaftaran dibuka
25 Januari 2026Tarikh Tutup Pendaftaran
14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026Tarikh Ujian Speaking
25 April 2026Tarikh Ujian Bertulis

Sesi kedua MUET tahun 2026 adalah sesi Jun

SESI JUN 2026 (SESI 2)

TarikhAktiviti
9 Mac 2026Tarikh Pendaftaran dibuka
20 April 2026Tarikh Pendaftaran Ditutup
15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026Tarikh Ujian Speaking
27 Jun 2026Tarikh Ujian Bertulis

Sesi seterusnya adalah sesi Oktober yang merupakan sesi ketiga dan terakhir untuk tahun 2026

SESI OKTOBER 2026 (SESI 3)

TarikhAktiviti
4 Ogos 2026Tarikh Pendaftaran dibuka
4 September 2026Tarikh Tutup Pendaftaran
6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026Tarikh Ujian Speaking
17 Oktober 2026Tarikh Ujian Bertulis

Jadual Ujian MUET setiap sesi selengkapnya boleh dimuat turun di MPM

Download Kalendar Peperiksaan MUET 2026

muet
* Kalendar ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada. Untuk paparan yang lebih jelas, klik MPM

Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2026 dari MPM ini boleh dijadikan panduan dalam merancang menduduki peperiksaan MUET nanti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.

Pautan Penting Kalendar MUET

Arahan Dan Panduan Untuk Calon 
Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Rel : mozilla firefox dan google chrome versi terkini serta resolusi monitor 1280 x 1024, hak cipta terpelihara majlis peperiksaan malaysia, paparan terbaik adalah dengan menggunakan microsoft edge,

Tinggalkan Balasan