STPM

Kalendar Peperiksaan STPM Tahun 2020

Tarikh Pendaftaran Dan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2020. Sudahkah anda tahu bilakah tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM pada tahun ini akan berlangsung? STPM merupakan sejenis peperiksaan pra-universiti yang diambil oleh para pelajar tingkatan 6 di Malaysia. Dahulunya STPM dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan STPM 2020 yang memaparkan maklumat berkaitan jadual dan tarikh penting peperiksaan. Kalendar yang dikeluarkan oleh MPM ini termasuk Jadual Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 serta peperiksaan Ulangan Penggal 1 dan 2.

Kalendar Peperiksaan STPM 2020

Berikut dikongsikan kalendar / jadual peperiksaan STPM 2020 yang meliputi tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab.

INFO TERKINI : Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM.

Penjadualan semula di buat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Maklumat Lanjut penjadualan semula peperiksaan, sila rujuk kenyataan media KPM di Facebook Rasmi KPM

Tarikh ujian bertulis STPM yang baharu adalah seperti berikut :-

  • Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke Ogos 2020 bulan November untuk memberi peluang sekolah untuk menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal
  • Peperiksaan STPM Semester 3 dianjak ke suku pertama 2021

JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2020/2021

1. STPM Semester 2 2020

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: 6, 12, 13, dan 14 Mei 202018, 19, 23 dan 24 November 2020 Ogos 2020
  • Jadual penuh bagi tahun 2020 akan dikemaskini

2. STPM Semester 3 2020

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: Suku Pertama 2021 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020 (KEKAL)
  • Jadual penuh bagi tahun 2020 akan dikemaskini

3. STPM Ulangan 1 2020

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: 18, 19, 23 dan 24 November 202025, 26, 30 November 2020 & 1 Disember 2020 Akan dikemaskini
  • Jadual penuh bagi tahun 2020 akan dikemaskini

3. STPM Ulangan 2 2020

  • Tarikh Peperiksaan Bertulis: 25, 26, 30 November 2020 & 1 Disember 202015 hingga 18 Mac 2021 Akan dikemaskini
  • Jadual penuh bagi tahun 2021 akan dikemaskini

KALENDAR STPM 2020 (SEBELUM PKP)

KALENDAR STPM 2021 (SEBELUM PKP)

PERINGATAN MENDUDUKI STPM

Berikut dikongsikan peringatan semasa menduduki peperiksaan bertulis STPM:
  • Angka giliran dan pusat peperiksaan calon adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.
  • Calon yang telah lulus untuk berpindah pusat peperiksaan dan menerima LPKC yang baharu hendaklah menduduki peperiksaan tersebut di pusat yang baharu. Nombor pusat dan angkar giliran yang digunakan adalah seperti yang tertera dalam LPKC yang baharu.
  • Calon yang membuat permohonan perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia perlu menghubungi:
    1. Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing; atau
    2. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.
    3. No. Telefon talian: 03-61261600 (urusan hendaklah dilakukan tidak lewat dari 12 April 2019).

 

Berikut adalah nota penting peperiksaan STPM tahun 2020 :-

NOTA PENTING STPM

1.Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2019 boleh mendaftar pada penggal 2. Iaitu daftar sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

Panduan Memperbaiki Keputusan STPM adalah seperti berikut :-

CARA PERBAIKI KEPUTUSAN STPM

  1. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2019 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
  • Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
  • Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2020 tentang Pendaftaran Lewat).
2. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2020 tentang Pendaftaran Lewat)
3. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-

  • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
  • Tel: 03-6126 1600
  • Faksimile: 03-61361488
  • Portal MPM: www.mpm.edu.my
  • E-mel: ppa@mpm.edu.my.

Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan STPM 2020 ini boleh dijadikan panduan buat calon peperiksaan STPM 2020. Semoga anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini.

Share this post:

Tags

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close