Semakan Ujian MEdSI UA Program Pendidikan Sesi 2025-2026 Online

Semakan Ujian MedSI Untuk Program Pengajian Pendidikan/ Bukan Pendidikan 2025-2026 Online. Perhatian untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf yang telah membuat permohonan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di U P S I atau Universiti Awam (UA) yang lain. Berikut dikongsikan maklumat penting Ujian Medsi serta Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Bukan Pendidikan bagi permohonan UPU 2025 online.

Untuk makluman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (U P S I) adalah penyelaras kepada Ujian MeDSI untuk kemasukan ke UA. Selain calon U P S I, calon UA lain yang terlibat adalah dari UUM, UniSZA, UNIMAS, UM, UTM, UiTM, UMS, USIM, UTHM, USM, UPM, UKM dan UiAM.

semakan ujian medsi

Semakan Ujian MEdSI 2025-2026 Online

Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU, semakan panggilan ujian I-medsi program pengajian pendidikan lepasan stpm/setaraf | sesi akademik 2025/2026 adalah seperti ketetapan berikut :-

Bermula 21 April 2025 (Isnin) | 12.00 tengah hari

Ujian I-medsi bermula pada: 28 April 2025 hingga 9 Mei 2025

Sebarang pertanyaan sila hubungi

📌+6013-415 3016 (hotline)
📌BHEA

Semakan boleh dibuat di portal rasmi : https://imedsi.mohe.gov.my/

Semakan bagi program ijazah sarjana muda pendidikan termasuk calon yang memohon program pendidikan di um, usm, ukm, upm, utm, uum, unisza, unimas, u p s i, uitm, ums, uiam, uthm & usim

**calon perlu mengikuti tarikh dan masa yang telah ditetapkan

  • Tarikh penting Semakan Keputusan UPU online dan SMS klik Semakan UPU

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI PROGRAM PENDIDIKAN

DibukaMasa
21 April 2025 (Isnin)
12.00 tengah hari
Semakan Panggilan Ujian MEdSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  • Tarikh yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan

Semakan panggilan temuduga pendidikan/ bukan pendidikan serta Ujian Medsi boleh mula di pautan aplikasi semakan seperti berikut :-

Aplikasi Semakan

Semakan Panggilan Temu Duga bagi program pengajian Bukan Pendidikan, Lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2023/2024.

SEMAKAN TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN

DibukaMasa
21 April 2025

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian(#), boleh melayari URL seperti dibawah :

  1. U P S I : Klik Semak
  2. UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
  3. UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran
  4. UiTM : https://online.uitm.edu.my
  5. UMT : https://intake.umt.edu.my/temuduga/
  6. UMS : http://bpa.ums.edu.my/semakanums/
  7. UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
  8. UMK : https://admissionintake.umk.edu.my/temuduga
  9. UM : https://kemasukan.um.edu.my
  10. UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga/
  11. USIM : https://etasjil.usim.edu.my
  12. USM : https://pohon.usm.my
  13. UTM : https://jpt.utm.my
  14. UUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan
  15. UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
  16. UIAM : http://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
  17. UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/

Sila hubungi UA terlibat untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut

Semakan Temu Duga Dan Ujian Khas Bagi Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan Ambilan Sesi 2 2023/2024 boleh disemak di pautan berikut :-

Apa itu Ujian MeDSI?

  • Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia – Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam
  • Klik Contoh soalan dan tips menjawab Ujian MEdSI

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh dan semakan aplikasi panggilan temuduga UPU bagi sesi 2025/2026.

Semakan Panggilan Temuduga UPU Lepasan STPM/ Setaraf (Melalui UPUonline)

  • 21 April 2025 : Semakan Panggilan temuduga Bukan Pendidikan
  •  21 April 2025 : Semakan Panggilan Ujian MEdSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan
  • ? : Temuduga Bukan Pendidikan diadakan (tertakluk UA)
  • 28 April hingga 9 Mei 2025 : Ujian MeDSI dijalankan
  • ? : Temuduga Pendidikan diadakan (tertakluk kepada UA)

Aplikasi Semakan Temuduga Pendidikan / Bukan Pendidikan

Tinggalkan Balasan