Permohonan UMK Februari 2024 Online

Panduan buat para pelajar lepasan Diploma / setaraf yang berminat serta berkelayakan. Buat pengetahuan semua, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan membuka permohonan UMK ambilan Februari 2024 (Second intake). Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan November 2023. Para pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan secara manual yang boleh dimuat turun melalui pautan yang akan dikongsikan di bawah.

Buat makluman semua, permohonan kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu permohonan ambilan kedua Universiti Awam (UA) Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Antara Universiti Awam lain yang menawarkan kemasukan kedua adalah UiTM, UTHM, UPSI, UUM dan UTM.

Permohonan UMK Februari 2019 Online

Permohonan UMK Februari 2024 Online (Ambilan Kedua)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan bagi Program Ijazah Sarjana Muda 2024.

Antara maklumat yang berguna buat panduan semua adalah tarikh penting permohonan, borang permohonan, panduan dan cara menghantar permohonan.

1. Tarikh Penting Permohonan UMK Februari 2024 Online

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke UMK ambilan kedua sesi kemasukan Februari 2024:

  • Tarikh Buka Permohonan : 14 November 2023
  • Tarikh Pendaftaran Pelajar : 14 Disember 2023

2. Borang Permohonan Online

Para pemohon dalam kalangan lepasan Diploma / setaraf perlu mengisi borang permohonan yang boleh dicapai pada pautan di bawah:Permohonan Online

3. Panduan Permohonan

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan (dimuatnaik) bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan berikut:

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan ibu bapa.
  3. Sijil SPM
  4. Sijil STPM
  5. Sijil STAM
  6. Sijil Matrik/ Asasi/ Diploma
  7. Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ Transkrip semester
  8. Sijil MUET

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan second intake.

Tinggalkan Balasan