Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi Semester II Sesi 2025/2026. Buat pengetahuan semua, permohonan UTHM untuk melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan dibuka pada bulan November 2025.
Selain UTHM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang membuka permohonan kemasukan kedua iaitu UM, UUM, UTEM, UiTM, UIAM, UMK, USIM dan UPSI. Permohonan kemasukan kedua ini adalah bagi ambilan Mac 2026 serta untuk mereka yang gagal dalam application UPU.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
UTHM adalah sebuah Universiti Awam yang terletak di selatan tanah air iaitu di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Ianya ditubuhkan pada 27 September 2000 di mana UTHM mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam sekitar, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.
UTHM menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah, Program Persisir dan kursus jangka pendek.
1. Tarikh Permohonan UTHM Semester II Sesi Akademik 2025/2026 Online
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan semester 2 sesi pengajian 2025/2026. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online).
- Tarikh Buka Dan Tutup : 4 November 2025 hingga 30 November 2025
- Tarikh Semakan Keputusan : 10 Februari 2026
- Tarikh Pendaftaran Pelajar : Akan dikemaskini
2. Aplikasi Permohonan
Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat permohonan. Sila ikuti langkah-langkah di aplikasi permohonan untuk membuat akaun baru.
- Aplikasi Permohonan : Portal UTHM Online
3. Panduan Permohonan
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan secara online.
1.Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.
2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
- Kad Pengenalan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Transkrip Akademik Diploma
- Sijil MUET
- Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
- Akreditasi MQA (Klik Sini)
Sila pastikan semua dokumen di atas dimuat naik ke dalam sistem permohonan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses.
4. Syarat Am Kemasukan UTHM
Berikut dikongsikan syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Semester 2 Sesi Akademik 2024/2025 :
Syarat-syarat Am
A Malaysian candidate who wishes to pursue a programme of study at the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) must fulfil the University’s entry requirements as follows:
(1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Applicant must pass SPM/equivalent exam with credit in Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia or credit in Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia July paper
and pass in History subject (SPM 2013 and above).
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
(2) Candidate Categories:
For Matriculation holders
Applicant of Matriculation/Foundation (2020 and earlier) must obtain at least PNGK 2.00;
For Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia holders (STPM)
Applicant must pass the STPM exam (2020 and earlier) with at least Grade C (NGMP 2.00) in three (3) subjects including General Studies/Pengajian Am;
For Sijil Tinggi Agama Malaysia holders(STAM)
Applicant of STAM (2019 and earlier) must obtain at least the Jayyid Stage;
For Pre-U Graduate of Malaysian Sports School/GCE A-Level/International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) as well as other qualifications recognized as equivalent by the Malaysian Government and approved by the UA Senate.
For DIPLOMA holders (UA/POLYTECHNIC)/Equivalent
Applicant that have Diploma IPTA / ILKA / IPTS graduation or other graduations approved by the Government of Malaysia and approved by the University Senate (Special Requirements for the program according to the type of programme offered at UA);
For DIPLOMA TVET holders (DKM/DLKM/DVM)
Applicant that have a Malaysian Skills Diploma (DKM), Malaysian Advanced Skills Diploma (DLKM) or Malaysian Vocational Diploma (DVM) recognized as equivalent by the Malaysian Government and approved by the University Senate (Special Requirements for study programmes according to the type of programme offered at UA);
(3) MUET
(1) Achieve at least Band 1.0 in the Malaysian University English Test (MUET) for exam starting Session 1 of 2021 or Band 1 for exam up to 2020 according to the validity period on the date of application; and
(2) Achieve a minimum Band in the Malaysian University English Test (MUET) according to the requirement of the programme; and
(3) Have fulfilled all special requirements of the programme as prescribed by the Senate
Syarat kemasukan pengajian yang lengkap boleh dirujuk selanjutnya di Syarat UTHM
6. Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di UTHM Ambilan Semester II Sesi Akademik 2025/2026
Berikut merupakan senarai kursus/program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2025/2026 di UTHM beserta kod:
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA (FKAAB)
BFF
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)
BEV
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
BEJ
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)
BDD
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
BDM
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian
BDJ
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)
BBE
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
BBC
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian #
BBG
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian#
BBD
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian#
BBA
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian #
BBB
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) Dengan Kepujian #
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM)
BIT
Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
BIS
Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) dengan Kepujian
FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST)
BWA
Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan Kepujian
BWC
Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
BWW
Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian
BWQ
Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)
BNB
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) dengan Kepujian
BNN
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
BNE
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
BNF
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
BNG
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
BNM
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
BNT
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian
# Program Bertemuduga
# : Program Bertemuduga
7. Semakan Keputusan UTHM Semester 2 Online
Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM bermula 10 Februari 2026.
Panduan tarikh penting semakan keputusan dan temuduga serta tarikh pendaftaran boleh dirujuk di Keputusan UTHM
Pautan semakan tawaran klik UTHM 2nd Intake
8. Maklumat Lanjut
Iklan Permohonan UTHM Ambilan kedua sesi 2025-2026 adalah seperti berikut dan boleh dirujuk di Portal UTHM :

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Alamat : PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Email : ppa@uthm.edu.my
No. Tel.07-453 7696/ 7375/ 7683/ 7687/ 7689/ 7690. Fax : 07-453 6085
Waktu Operasi
Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang
Semoga perkongsian maklumat berkaitan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.
