Calon yang telah menduduki peperiksaan MUET boleh membuat semakan keputusan MUET sesi 2 2025 pada bulan Oktober nanti. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan MUET dan bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET sesi 2 2025 diumumkan?
Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET sesi 2 2025 boleh disemak secara atas talian/ online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman MPM.

Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian untuk mengukur tahap pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia.
Pelajar yang berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang ingin memohon masuk ke program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025 Online Dan SMS
Berikut adalah maklumat penting dalam membuat Semakan Keputusan MUET 2025 secara Online dan SMS. Semakan Keputusan MUET Sesi 2 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025
Semakan MUET akan diumumkan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM.
- Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi 2 2025 akan diaktifkan pada: 15 Oktober 2025
- Semakan secara atas talian boleh dibuat selepas jam 1000 pagi
Kaedah Semak Keputusan MUET Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET:-
1. Semakan Keputusan MUET Secara Online
Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my
- Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT
*Calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS
2. Semak Keputusan MUET melalui SMS
Result MUET sesi 2 juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS :-
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (Tidak termasuk GST)

Nota Penting
Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat yang dinyatakan berikut :-
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu secara online seperti panduan berikut:-
Cara Semak Semula Keputusan MUET
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.
Permohonan akan dibuka mengikut sesi seperti berikut :-
- Rayuan sesi 1 2025 : bermula 19 Jun 2025 pukul 10:00 pagi hingga 23 Jun 2025 pukul 11:30 malam
- Rayuan sesi 2 2025 : bermula 15 Oktober 2025 pukul 10:00 pagi hingga 19 Oktober 2025 pukul 11:30 malam
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan berikut :-
- Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula dalam tempoh permohonan dibuka ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00
- Permohonan adalah secara dalam talian di portal MPM atau pautan terus di MPM MECEA.
- Bayaran bagi permohonan ini adalah secara perbankan internet.
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM atau pautan terus di STATUS selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET
Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2025, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon.

Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang akan diperkenalkan oleh MPM akan bermula bulan April 2019
Selamat membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 2 2025 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
