Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2025/2026

Panduan buat para pelajar lepasan SPM atau STPM/setaraf yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam menerusi permohonan UPUOnline. Buat pengetahuan semua, bagi yang berkelayakan dan berminat, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam secara online menerusi laman web UA masing-masing. Berikut dikongsikan senarai pengambilan kedua Universiti Awam semester 2 sesi akademik 2025-2026.

Terdapat beberapa universiti awam iaitu UPSI, UUM, UiTM, UTHM, UMP, UMK dan beberapa UA lain yang menawarkan program pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda untuk pengambilan kedua bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan STPM.

Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Ambilan kedua 2019-2020

Berikut adalah senarai pengambilan kedua Universiti Awam untuk kemasukan Januari / Februari/ Mac 2026 meliputi nama UA yang menawarkan ambilan kedua untuk lepasan SPM/ STPM dan setaraf.

Kemasukan semester 2 ini adalah peluang kedua buat pelajar yang gagal dalam permohonan UPU terdahulu, namun penawaran program pengajian adalah terhad dan terpilih sahaja iaitu bergantung kepada setiap UA.

Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2025/2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai universiti awam yang menawarkan ambilan kedua sesi akademik 2025 /2026 untuk lepasan SPM, STPM/Setaraf dan Diploma.

Maklumat yang dikongsikan adalah dari makluman Facebook Rasmi UPU. Kredit table : Panduan Malaysia

Senarai Saluran Pengambilan Kedua

Terdapat beberapa saluran menyambung pengajian untuk mereka yang gagal mendapat tawaran dari UPUonline iaitu ambilan kedua IPTA – Yuran bersubsidi, Saluran Terbuka – Yuran TIDAK bersubsidi dan IPTS.

1) Second Intake

Ada 9 buah IPTA yang menawarkan pengambilan kedua / Ambilan Mac 2026 program peringkat Ijazah bagi lepasan STPM/ setaraf . Yuran bersubsidi seperti Yuran UPU.

Sila scan QR Code di dalam grafik ini untuk mendapatkan maklumat pengambilan bagi kategori saluran Second Intake atau Ambilan Kedua.

qr ambilan kedua

1) Ambilan Terus/ Ambilan Kedua (Second Intake) – Lepasan STPM/ setaraf
NoUniversitiNo TelTarikh Buka/ TutupMaklumat Lanjut
1Universiti Malaya (UM)03-7967 3278
2Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)03-8911 8173
3Universiti Putra Malaysia (UPM)03-9769 3251
4Universiti Sains Malaysia (USM)1-300-888876
5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)07-5333 6321 Nov 2025 – 31 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Lepasan STPM/Diploma/Setaraf

Laman Web: https://admission.utm.my/

& SMART UTM

6Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)03-6421 30146 Okt 2025 – 31 Dis 2025

Program Asasi & Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan SPM, STAM, STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: Permohonan UIAM

7Universiti Teknologi MARA (UiTM)03-5544 319529 Okt 2025 – 1 Dis 2025

Program Asasi, Diploma & Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan SPM

Tarikh Permohonan: 25 Ogos hingga 25 Oktober 2025 (Asasi Undang-Undang, Diploma UiTM & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina

Lepasan STPM/ setaraf

Tarikh Permohonan: 29 Oktober hingga 1 Disember 2025

Laman Web: https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm

uitm sesi
8Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)08-258 1165
9Universiti Malaysia Sabah (UMS)08-832 0213
10Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)09-6220 707
11Universiti Malaysia Kelantan (UMK)09-7717 000
12Universiti Utara Malaysia (UUM)04-928 3323
13Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)06-270 1990Akan dikemaskini

Program Ijazah Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma & Setaraf sahaja

Laman Web: Permohonan UTeM

14Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)07-453 76964 Nov 2025 – 30 Nov 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Iklan Pengambilan UTHM

Laman Web: https://wapps.uthm.edu.my/intake/

uthm
15Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)09-431 506016 Nov 2025 – 15 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: https://admission.ump.edu.my/

16Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)04-979 8008Akan dikemaskiniLaman Web : e-Kemasukan UniMap
17Universiti Malaysia Terengganu (UMT)09-6693 102
18Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)03-9051 3407
19Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)06-797 86441 Nov 2025 – 31 Dis 2025

Program Sarjana Muda

Kemasukan Mac 2026

Lepasan STPM / Setaraf sahaja

Laman Web: USIM

20Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)05-450 70488 Dis 2025 – 29 Dis 2025

Program Diploma & Sarjana Muda

Lepasan STPM / Setaraf

Laman Web: UPSI

2) Saluran Terbuka

Penawaran kemasukan ke IPTA melalui saluran alternatif dengan Yuran TIDAK Bersubsidi.

Terdapat pelbagai nama program mengikut universiti seperti Premium, Seatplus, Bitara, Komersial, Inklusif, Open Channel, Kemasukan Terus, Kemasukan Terbuka dan UKMShape.

Sila scan QR Code di dalam grafik ini untuk mendapatkan maklumat pengambilan bagi kategori saluran Terbuka.

qr saluran terbuka

2) Saluran Terbuka/ Ambilan Kedua (Second Intake) – Lepasan STPM/ setaraf
NoUniversitiNama SaluranTarikh Buka/ TutupMaklumat Lanjut
1Universiti Malaya (UM)Saluran Terbuka Universiti Malaya (Satu)20 Okt 2025 – 28 Feb 2026STUDY UM

& Borang Online

2Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)UKMShape21 April 2025 – 17 Ogos 2025UKMShape

& Borang Online

3Universiti Putra Malaysia (UPM)Saluran Inklusif10 Jun 2025 – 30 Sept 2025Akademik UPM

& Borang Online

4Universiti Sains Malaysia (USM)Saluran Terus (USM+1)10 April 2025 – 19 Sept 2025Pohon USM

Iklan

5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Saluran Komersial (UTM Space)10 Nov 2025 – 30 Jan 2026Kursus Pengajian & Borang Online
6Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Saluran Terbuka1 Mac 2025 – 22 Sept 2025IIUM

& Borang Online

7Universiti Teknologi MARA (UiTM)UiTM SeatPlus9 Mei 2025 – 15 Ogos 2025FAQ & iCEPS
8Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9Universiti Malaysia Sabah (UMS)Saluran Terbuka UMS1 Jan 2026 (Tarikh tutup)UMSFLEC & Facebook
10Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Saluran PremiumMac – Jun 2025Saluran Premium & Syarat Kemasukan
11Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
12Universiti Utara Malaysia (UUM)Saluran Terbuka @OPEN CHANNELFasa 1 : 22 Apr 2025 – 14 Ogos 2025

Fasa 2 : 22 Ogos 2025 – 14 Sept 2025 (Hanya program tidak bertemuduga)

Program / Syarat Kemasukan & Borang Online
13Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Laluan Terbuka18 – 30 Sept 2025UTEM & UTEM Access
14Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
15Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)Kemasukan Terus16 Nov 2025 – 20 Dis 2025Program Pengajian & Borang Online
16Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Laluan TerbukaAkan dikemaskinii-Admission UniMAP
17Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
18Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
19Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Saluran Komersil USIM31 Jul 2025 – 26 Sept 2025 

Borang Online & Facebook USIMPACE

20Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Saluran Bitara7 – 19 Sept 2025UPSI & Borang Online

3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Pemohon boleh merujuk maklumat berkaitan atau hubungi IPTS melalui QR code di bawah. Senarai IPTS yang dibekalkan adalah berdasarkan IPTS yang berdaftar di bawah KPT.

qr ipts

Nota : Selain saluran di atas, pelajar juga boleh membuat permohonan masuk ke Poli seluruh Malaysia:-

POLYCC (Politeknik & Kolej Komuniti)

Diharap agar perkongsian Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam (Second intake) Sesi 2025/2026 dapat dijadikan panduan yang berguna buat semua pemohon. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya memasuki UA/ IPTA pilihan anda.

Tinggalkan Balasan